Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru

Pada 10 September 2022 bersamaan dengan 13 Safar 1444H, Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru SPM 2022 telah berjaya diadakan di Hotel Ibis Style Kota Bharu.

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang semakin mencabar dewasa ini. Dunia pendidikan yang semakin rencam memerlukan guru perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai ilmu agar dapat dimanfaatkan kepada anak bangsa. Di samping itu, motivasi yang tinggi juga perlu dibekalkan kepada setiap pendidik agar mereka dapat meningkatkan ilmu profesionalisme dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas yang semakin mencabar. Oleh itu, usaha bagi memastikan semua guru berdaya saing dan konsisten dalam mengoptimumkan tenaga kerja perlu diadakan dari semasa ke semasa. Program yang dianjurkan ini adalah kerjasama antara Jawatankuasa Kursus Frofesionalisme Guru , ALUMNI MML dan Yayasan PERAMAH diharapkan mampu mencapai hasrat yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru terutama guru yang mengajar kelas peperiksaan awam.
  • Meningkatkan motivasi, kemahiran berfikiran aras tinggi dan pengalaman dalam pelbagai bidang pendidikan.
  • Meningkatkan kepekaan terhadap perkembangan dan perubahan-perubahan baru dalam bidang pendidikan.
  • Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme guru dalam kalangan warga pendidik.

Profil Trainer

Dr. Sakinah Salleh merupakan pensyarah kanan di Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI). Beliau memperolehi PhD dari Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Psikologi (Kaunseling).

Memulakan langkah sebagai pendidik bermula pada 1995 dan kemudiannya memfokuskan kepada konsultansi kaunseling, program motivasi, pembangunan potensi diri, keusahawanan dan aktviti kebajikan dan kemasyarakatan. Sebagai profesional kaunselor, Dr Sakinah terlibat sebagai perunding motivasi untuk pelbagai lapisan masyarakat baik dari kalangan korporat, badan kerajaan, pekerja, pelajar sekolah dan IPT serta usahawan. Kepakaran yang ada dalam keusahawanan pula membolehkan beliau dilantik sebagai BizKaunselor, Coach dan Trainer oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Beliau juga penulis buku dalam pelbagai genre antaranya 10 Tokoh Idola Muslimah, 3i Iman Islam Ihsan: Formula Kejayaan Hakiki dan Abadi, Apabila Jodoh Menyapa, Kompas Jiwa, Keluarga Menuju Syurga,10 Tokoh Usahawan Muslimah, Kahwin Anda Berani, Tazkiyah An Nafs Dalam Pembangunan Insan, Social and Human Services in Community, Theories and Issuses in Community Psychology. Buku terkini yang bakal diterbitkan adalah Mengatasi Kemurungan Melalui Pendekatan Terapi Spiritual.

Pendekatan kaunseling Islam dan Barat yang diintegrasikan serta diharmonikan bersama elemen minda, jasmani dan rohani memberi ruang untuk Dr Sakinah muncul di radio dan TV seperti TV3, IKIM.fm, ‘TraXX.fm., sinar.fm, TV Al- Hijrah, Astro, RTM dan RTB. Beliau juga aktif dalam pelbagai persatuan dan NGO iaitu Yayasan Peramah.


Dr. Wan Mazwati Wan Yusoff menamatkan pengajian di Eastern New Mexica University, USA dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dan juga Sarjana dalam bidang Perakauanan.

Beliau berjaya memperolehi ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sekarang ini beliau bekerja sebagai Pensyarah Kanan di UIAM dan mengajar Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah, Tasawwur Islam dan llmu dan Ketamaddunan dalam Islam. Di samping itu juga beliau aktif membuat latihan dalam Metode Penyelidikan dalam Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan.

Beliau juga telah mendapat pengiktirafan sebagai trainer terlatih bagi program berfikir melalui falsafah yang dikenali sebagai Program Falsafah untuk Kanak kanak dari Mont Claire State University, New Jersey, USA dalam tahun 2006. Sekarang beliau terlibat dalam usaha membangunkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Beliau bercita-cita ingin melihat orang-orang muda dan juga tua di Malaysia mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi sehingga mereka dapat menyumbang idea-idea kreatif dan innovatif untuk membangunkan masyarakat dan juga negara

Disamping itu beliau juga aktif membuat penyelidikan dalam bidang Quran dan Hadith bagi membangunkan ilmu Sains Kemanusiaan yang berlandaskan kepada Quran dan Sunnah. Beliau telah berjaya membuktikan teknik-teknik motivasi dan komunikasi cara Nabi Muhammad adalah berkesan untuk menyelesaikan masalah kecelaruan kelakuan anak-anak corot dan juga remaja delinkuen. Program Mendorong Anak-anak Corot supaya berakhlak mulia mendapat pengiktirafan dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain dari menjadi tenaga pengajar, Dr. Wan Mazwati juga adalah seorang yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan. Tumpuan beliau adalah membantu orang-orang yang ketinggalan dalam masyarakat terutama kalangan pelarian Rohingya dan juga Syria. Setiap tahun beliau kembara ke bumi Syria untuk memberi bantuan makanan, pendidikan dan juga kesihatan kepada pelarian di sempadan Turkiye-Syria. Di Malaysia pula beliau menubuhkan sekolah bagi pelarian Rohingya atas kesedaran bahawa pendidikan adalah hak untuk semua manusia yang diberikan Allah, maka menjadi tanggungjawab kita untuk Malaysia di kalangan B40 juga turut menerima bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Umission Malaysia.


Related Posts

Sumbangan Wakaf Bangku

Sumbangan wakaf bangku daripada bekas pelajar MMP batch SPM 1989 kepada Maahad Muhammadi Perempuan. Terima kasih kepada para penyumbang. Bagi yang ingin ber’infaq’ untuk aktiviti dan membantu…

XMML KL VS PPSRC PENANG

Perlawanan persahabatan diantara XMML KL dan pasukan PPSRC Penang bertempat di Kopa Arena USM pada 16 September 2022 Pemain GK – import Peyo Anas Kiaq Pidah Hanzo…

Ikhwan Bikers Hadir Ke Majlis Pembukaan Klinik Medifamili Alumni Maahad

Pada 17 September 2022 Kelab Ikhwan Bikers telah menghadiri majlis pembukaan Klinik Medifamili bertempat di Kok Lanas. Lokasi klinik ini berhadapan Stesen Minyak Petron Kok Lanas. Bagi…

Kelab Veteran Bola MML vs Pasukan Mahkamah Syariah Kelantan

Perlawanan persahabatan di antara kelab bola veteran MML dan pasukan mahkamah syariah kelantan.

Kelab Ikhwan Bikers MML sertai Program Kemerdekaan

Kelab Ikhwan Bikers MML telah menyertai program pelancaran bulan kemerdekaan yang bertempat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV

Kelab Veteran Bola MML VS Alumni Jordan

Satu perlawananan persahabatan antara kelab veteran bola MML dgn alumni Jordan telah diadakan bertempat di Mini Stadium Cyberjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *