SEJARAH PERSATUAN BEKAS PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI
Menjelang Sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan Maahad Muhammadi pada tahun 1987, satu perjumpaan dengan murid-murid tua telah diadakan oleh lebih 300 orang. Antara rumusan perjumpaan tersebut ialah satu persetujuan untuk menubuhkan Persatuan Murid-murid Tua Maahad Muhammadi (PERMUTUM) dan Jawatankuasa penajanya telah dilantik terdiri daripada;
Yang Dipertua : Hj Nik Abdul Kadir Hj Nik Muhammad
Naib Yang Dipertua : Hj Abdul Hamid Hj Muhammad
Setiausaha : Muhammad Yunan bin Mahmood
Bendahari : Ibrahim bin Mat
- Ahli Jawatankuasa :
- Hj Ramli Hj Ibrahim
- Hj Lukman Hj Abdul Latif
- Che Din bin Muhammad
- Hj Idris bin Muhammad
- Hj Ibrahim Efendi bin Hj Ahmad
- Hj Mansor bin Abdul Wahab
- Fauzi bin Hj Ghazali
- Hj Ibrahim bin Muhammad
PERMUTUM dengan rasminya didaftarkan pada 9 Mac 1991 namun kemudiannya di atas sebab-sebab teknikal telah dibatalkan pendaftarannya. Usaha untuk menghidupkan semula PERMUTUM menemui jalan buntu. Beberapa perjumpaan atau ijtimak kemudiannya telah diadakan bagi mendapatkan sokongan bekas-bekas pelajar bagi mewujudkan semula sebuah Alumni yang mampu meneruskan perjuang PERMUTUM.
Akhirnya, melalui Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Perempuan), Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia (2011) (Alumni MMP) yang diadakan pada 24 September 2011, Persatuan ini yang telah didaftarkan pada 5 Mei 2011 telah membuat satu pengorbanan yang besar dengan meminda Undang-undang Tubuhnya dengan menggugurkan perkataan “Perempuan” sekaligus memberi tempat kepada penglibatan bekas-bekas pelajar Maahad Muhammadi dari kalangan Lelaki di dalam Persatuan yang baru ditubuhkan ini.
Mesyuarat Agung Pertama tersebut juga telah melantik Ahli Jawatankuasa yang baru dari kalangan lelaki dengan mengekalkan ahli jawatankuasa dari kalangan perempuan yang sedia ada. Gandingan mantap ini disertai oleh bekas Pengerusi PERMUTUM dan bekas Setiausaha PERMUTUM yang kini masing-masing bertindak sebagai Penaung dan Yang Dipertua Persatuan ini. Barisan jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat Agung tersebut adalah sebagaimana berikut:-
- Penaung : Dato’ Hj Nik Abdul Kadir Hj Nik Muhammad
- Yang Dipertua : Hj Muhammad Yunan bin Mahmood
- Timbalan Yang Dipertua I : Hj Nazmi Ghazali Azmi
- Timbalan Yang Dipertua II : Hjh Ida Madieha Abdul Ghani Azmi
- Naib Yang Dipertua I : Hj Wan Roslan Wan Hamat
- Naib Yang Dipertua II : Hj Ashari Ishak
- Naib Yang Dipertua III : Hjh Sakinah Salleh
- Naib Yang Dipertua IV : Mudir MML (ex officio) Hj Azhar Salleh
- Naib Yang Dipertua V : Mudir MML (ex officio) Hj Mansor Mohd Daud
- Setiausaha I : Hj Ahmad Fazlan bin Hj Mustapha
- Setiausaha II : Hjh Ibtisam Abdul Ghani Azmi
- Penolong Setiausaha I : Ahmad Masri Mokhtar
- Penolong Setiausaha II: Noor Zahrawany Salleh
- Bendahari : Hj Zulkipli Mat Yusof
- Penolong Bendahari : Hjh Ramizah Wan Muhammad
- Ahli Jawatankuasa :
- Hj Effendy Daud
- Hj Zainal Abidin Mustaffa
- Nasrudin Mahmud Muhaidin
- Marwan Ismail
- Mohd Iskandar Hassan
- Siti Zubaidah Ismail
- Rosmawani Che Hashim
- Ramlah Hamad
- Zawati Ibrahim
- Wan Marhaini Wan Ahmad
- Setiausaha Kerja : Siti Masaliny Ismail
Pada 21 hb Mei 2012, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu (Alumni Maahad Muhammadi / AMM) berasaskan Jamei’ Merbau yang terdiri Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan didaftarkan dan telahpun berumur 10 tahun pada tahun 2022. AMM adalah hasrat Penaung Persatuan dan juga menjadi kesinambungan PERMUTUM yang terus wujud sebagai sebuah Persatuan bekas pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu.
Alumni Maahad Muhammadi / AMM adalah Persatuan Alumni yang berdaftar dengan Pertubuhan secara rasmi dan telah diiktiraf oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah YIK.
